TIPS & PANDUAN

MACAM MANA RUPA DARAPEREMPUAN?


Minta maaf sebab aku terlalu sibuk akhir-akhir ni sehinggakan nak menulis entri pun aku tak sempat. Jadi, entri ni aku petik daripada forum halaqah untuk menjawab persoalan korang mengenai dara seperti apa itu selaput dara, macam mana bentuk selaput dara dan fakta mengenai selaput dara.
APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.


ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.


APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

Read more: DARA: Fakta Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Dara ~ Akal Emosi

BAGAIMANA TERJADINYA JANTINA ANAK DALAM KANDUNGAN?

JANTINA ANAK DARI HUBUNGAN KELAMIN


Para ilmuan Islam terdahulu berpendapat bahawa sifat tertumpahnya nutfah ke rahim sewaktu jima', iaitu dari segi samaada mani suami atau isteri terdahulu keluarnya dari banyaknya, melambangkan jantina anak yang akan lahir dari perlakuan jima' tersebut. Perbincangan mengenainya boleh dirujuk dalam kitab 'Ubab'.

Menurut Sheikh Ajhuri, anak dijadikan oleh Allah s.w.t. dari mani lelaki dan mani perempuan. Jika manai lelaki itu banyak daripada mani perempuan, maka anak yang bakal dilahirkan itu akan menyerupai bapanya dan jika mani perempuan yang lebih banyak maka akan menyenrupai ibunya.

Menurut Sheikh Ibnu Hajar dalam Syarh Bukhari, bahawa keadaan anak itu samada menyerupai bapanya atau ibunya bergantung kepada enam keadaan.

1. Mani lelaki dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal lahir adalah anak lelaki yang menyerupai bapanya.






2. Mani perempuan dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal dilahirkan adalah (lelaki) yang menyerupai ibunya.

3. Mani lelaki dahulu keluar, tapi mani perempuan yang banyak, bakal anak yg dilahirkan adalah anak perempuan menyerupai ibunya.

4. Mani perempuan dahulu keluar, tapi mani lelaki banyak, bakal anak yang dilahirkan adalah anak perempuan menyerupai bapanya.
                                      

5. Mani lelaki dahulu keluar dan sama banyak dengan mani perempuan, bakal anak yang dilahirkan adalah lelaki yang tiada serupa dengan bapanya atau ibunya.

6. Mani perempuan dahulu keluar dan sama banyak dengan mani lelaki, bakal dilahirkan anak perempuan yang tiada serupa dengan bapa atau ibunya.




Tersebut juga di dalam Syarh Hadis sekiranya tiada dikatahui samada keluar atau tidak mani kedua-duanya maka anak yang bakal lahir itu adalah lelaki dan perempuan (tidak dapat ditentukan jantinanya)

Apabila diteliti akan tanda-tanda pengenalan ini, disedari bahawa amatlah sukar bagi dipastikan mani suamikah atau isteri yang keluar dahulu dan mani siapa terlebih banyak. Menurut seksologi moden, perempuan hanya mengeluarkan satu ovum pada satu pusingan haid dan sperma lelaki berenang menuju ovum itu bagi bersenyawa. Kemungkinan besar bahawa apa yany dimaksudkan dengan keluarnya mani itu ialah inzal, kerana inzal boleh terdahulu terkemudian...






No comments:

Post a Comment